Penjagaan Kesihatan, Rambut, wajah, Penjagaan Rambut

26 Makanan untuk rambut sihat dan tebal

Rahsia untuk dapatkan rambut yang kuat, sihat dan mengatasi masalah rambut gugur bukanlah bergantung pada penggunaan syampu atau produk rambut yang berjenama terkenal dan mahal semata-mata tetapi juga adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai.

Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk memiliki rambut sihat, malah untuk kesihatan keseluruhan juga. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disarankan pengambilannya bagi memastikan rambut mendapat nutrisi secukupnya;

#1 Salmon / Sardin / Ikan Kembung

Salmon, sardin dan ikan kembung mengandung lemak omega-3 yang tinggi. Badan kami jarang menghasilkan lemak yang sihat. Oleh itu, perlu mendapatkannya daripada makanan atau suplemen.

Lemak ini membantu dalam melindungi individu daripada penyakit dan menjaga kesihatan kulit kepala untuk rambut yang berkilat dan kuat.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

salmon
greek-yoghurt-in-bowl

#2 Yogurt

Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan nutrien yang membantu dalam pengaliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut. Vitamin B5 (Pantothenic acid) membantu dalam melawan masalah keguguran rambut dan penipisan rambut.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

#3 Bayam

Sayuran hijau mengandungi nutrien seperti vitamin A, zat besi dan folat, beta karoten dan vitamin C yang merawat kulit kepala menjadi lebih sihat. Ia membantu dalam mengatasi rambut mudah patah dan rapuh

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

Ohsem-Bayam
jambu-batu-seedless-500x500

#4 Jambu Batu

Buah tropika ini penuh dengan vitamin C dan melindungi rambut dari kepatahan. Secawan guava mempunyai 377 miligram (mg) Vitamin C dan empat kali lebih jumlah yang diperlukan dalam satu hari!

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

#5 Bijirin yang diperkaya zat besi

Kekurangan zat besi akan menyebabkan keguguran rambut. Individu boleh mendapatkan nutrien ini dalam bijirin, pasta, kacang soya dan kacang merah. Kerang, sayuran hijau, daging lembu dan hati kerana mengandungi kuantiti zat besi yang tinggi.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

42be6412fb9a03d75777ab068626043f
Membekukan-Kembali-Daging-yang-Telah-Cair-Bahayakah

#6 Daging tanpa lemak

Apabila seseorang kekurangan protein, pertumbuhan rambut akan ‘berhenti’. Apabila pertumbuhan berhenti dan rambut lama gugur, mereka akan mengalami kehilangan rambut. Pilihlah daging tanpa atau kurang lemak seperti daging ayam, daging ayam Turki dan daging lembu.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

#7 Ubi jalar

Ubi jalar mengandungi antioksidan beta karoten iaitu badan akan menukarkannya kepada vitamin A. Ini membantu dalam mengatasi masalah rambut yang kering dan menggalakkan kulit kepala untuk menghasilkan sebum. Beta karoten juga ada dalam sayur-sayuran berwarna oren macam lobak merah, labu dan mangga.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

ubi jalar
Kayu-manis

#8 Kayu manis

Taburkan rempah ini dalam oatmeal, roti dan kopi. Ia membantu dalam pengaliran darah dan penghantaran oksigen dan nutrien ke folikel rambut.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 12:01 AM

#9 Buah Blueberry

Menyuburkan Akar Rambut

  • Kandungan vitamin C yang ada pada beri biru tidak hanya berguna bagi kulit, namun ia juga membantu melancarkan peredaran darah ke kulit kepala. Beri biru berperanan menyuburkan akar rambut, bahkan kandungan proanthocyanidins di dalamnya juga berfungsi dalam merangsang pertumbuhan rambut.

Melambatkan rambut beruban

Rambut beruban disebabkan oleh pigmentasi yang hilang juga boleh dicegah dengan memakan beri biru. Kekurangan pengambilan vitamin B12 juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan rambut memutih lebih cepat. Amalan memakan beri biru boleh membantu maslaah ini.

Sumber : Media Corp : Artikel ini disiarkan pada : -, 24 Oktober 2019 @ 22:43 PM

t_5dd76a06627e3
buah cranberry

#10 Buah Cranberry

Membantu pertumbuhan rambut
Buah cranberry  ini mempunyai  vitamin A dan C  yang baik untuk rambut serta dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Merawat Kelemumur/ Ketombe
Bakteria@ kulat dan masalah kulit berminyak adalah salah satu punca utama kelemumur. Buagh Cranberry  yang bersifat anti baktiria dan membantu merawat dan mengawal lebihan minyak dan sangat bermanfaat untuk menghilangkan kelemumur.

 Melembabkan kulit kepala
Kulit kepala yang kering dapat menyebabkan rambut gatal dan berkerak@berkuping. Cranberry memiliki kandungan air yang tinggi dan dapat membantu menjaga kulit kepala tetap lembab dan terhidrasi.

Memperbaiki kerosakan rambut
Vitamin C yang terkandung dalam cranberry adalah antioksidan yang dapat memperbaiki folikel rambut yang rosak. Bahkan berfungsi menguatkan dan menyihatkan rambut.

Mencegah rambut beruban
Vitamin yang terkandung dalam cranberry, khususnya vitamin C dapat mencegah rambut beruban sebelum waktunya.

Sumber : Antarakl.com : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 15:29 PM

#11 Tomato

Buah Tomato bukan sahaja baik untuk kulit tapi dapat membantu merawat rambut berkelemumur, Kering dan bercabang.

Bagi merawat rambut kering dan bercabang

  • lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit.
  • Ia membantu rambut sihat dan bersinar.

Untuk masalah kelemumur

  • lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala.
  • Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Sumber : Harian Metro : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 1:42 PM

tomato
rsz_pomegranate_large

#12 Buah Delima (Pomegranate)

Membantu menguatkan folikel@akar rambut.

  • membantu mengurangkan rambut gugur
  • membantu melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala.

Mengurangkan rambut kusut

  • Amat sesuai digunakan sebagai vitamin rambut
  • Caranya: Ambil buah delima (isinya), kemudian panaskan minyak menggunakan teknik hot oil treatment, sebelum disapukan pada rambut.

Menjadikan rambut bersinar semulajadi
Kandungan vitamin dan mineral dalam buah delima, dapat membantu melembutkan dan menjadikan rambut lebih bersinar@ berkilat

Sumber : Emironhaircare : Artikel ini disiarkan pada : -, 18 Disember 2016 @ 0:0 PM

#13 Anggur Hitam

Menjadi rambut panjang agar lebih sihat.

  • Membantu mengurangkan masalah kelemumur
  • membantu mengurangkan masalah rambut gugur & masalah kelemumur
  • Membantu mengurangkan masalah rambut bercabang dan rapuh
  • membantu memperlambatkan pertumbuhan uban
  • Kandungan antioksidan dan vitamin E yang tinggi, amat sesuai diambil dalam bentuk minyak biji anggur, bagi membantu mempercepatkan peredaran darah pada kulit kepala, menguatkan sistem peembuluh darah dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.
  • Anggur ini juga mampu menguatkan, melembutkan dan memanjangkan lagi rambut disamping mengurangkan masalah rambut rapuh dan bercabang.
  • Dapat membantu menjadikan rambut lebih bersinar.

Sumber : Wanita22.com : Artikel ini disiarkan pada : -, 6 Disember 2019 @ : PM

Manfaat-Anggur-Hitam-Gambar-Utama-Wanita-22-1021x580
untitled-design-26-29_28_873958

#14 Cuka epal cider

Cuka ini berfungsi perlahan-lahan membersihkan kulit kepala dan mengekalkan keseimbangan pH rambut sehingga mempercepat pertumbuhan rambut. Mulakan dengan membuat campuran cair dengan mencampurkan 75 ml dalam satu liter air untuk kumpulan yang lebih besar atau 15 ml kepada secawan air panas yang ditapis untuk kumpulan yang lebih kecil.

Gunakannya sebagai bilasan akhir selepas mencuci rambut anda. Ini juga akan memberikan rambut anda bersinar dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

#15 Lobak + Keledek

  • Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
  • Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 1 Disember 2019 @ : PM

shutterstock_113305354
shutterstock_147122108

#16 Telur dan Produk Tenusu

Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega. Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal mencegah rambut gugur.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

#17 Oat

Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur. Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

shutterstock_641287948
shutterstock_312880136

#18 Walnut

Tambah walnut dalam diet anda untuk mencegah rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala. Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

#19 Lentil

Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin. Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

assorted_beans_and_lentils_pattern_on_white_0
3194857144

#20 Strawberi

Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut. Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

#21 Kiwi

Merawat rambut gugur
Buah kiwi mempunyai vitamin C dan E yang dapat membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan menyihatkan rambut. Mengandungi sumber mineral seperti magnesium, forsfor yang dapat merangsang peredaran darah bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut. Buah kuih juga mengandungi zat besi, yang merupakan nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kesihatan rambut.

Membantu mempercepatkan Pembentukan Kolagen pada Kulit Kepala
Buah kiwi mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi bagi mempercepatkan pembentukan kolagen pada kulit kepala.

5d53b17197223e00010bdadc

Sangat bagus untuk masalah Rambut Kering dan Kasar
Kandungan asam lemak omega 3 yang tinggi dalam minyak biji kiwi dapat membantu menghidrasi rambut. Pengambilan buah kiwi secara teratur dapat membantu menguatkan pembuluh darah serta dapat menyembuhkan masalah kulit kepala yang kering, kelemumur dan mengelakkan masalah peradangan kulit kepala.

Sumber : wanita22.com : Artikel ini disiarkan pada : -, 29 November 2018 @ 0:0 PM

shutterstock_623764853

#22 Makanan yang kaya dengan Vitamin-C

Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur. Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah. Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

#23 Teh hijau

Teh hijau, seperti yang anda ketahui, sangat kaya dengan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut. Sapukan teh hijau hangat (dari uncang teh yang digunakan) ke atas kulit kepala anda dan biarkan selama sejam. Basuh dengan air sejuk.

Rawatan secara semula jadi ini mungkin tidak mendatangkan kesan kepada sesetengah individu. Dan bagi individu yang ingin mencubanya pastikan anda tidak mempunyai sebarang alahan dalam menggunakan bahan yang dinyatakan.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

123990-18_21_422737
daun-pandan-dan-santan-sebagai-cara-semula-jadi-untuk-lebatkan-rambut

#24 Santan kelapa

Dipercayai ubat yang paling berkesan untuk pertumbuhan rambut semula jadi ialah penggunaan santan kerana ia kaya dengan zat besi, kalium dan lemak penting. Caranya, ambil santan dari kelapa segar, tambahkan setengah perahan lemon dan 4 titisan minyak lavender. Campurkan dengan teliti dan sapukan pada kulit kepala anda, biarkan selama 4-5 jam dan kemudian bilas.

Sumber : hello doktor : Artikel ini disiarkan pada : -, 9 March 2020 @ : PM

#25 Labu / Biji Labu

Baik untuk kulit & rambut

Minyak biji labu dikatakan baik untuk merangsang pertumbuhan rambut lelaki terutamanya yang mengalami masalah androgenetc alopecia. Lemak sihat yang terdapat dalam biji labu baik untuk hidrasi, sementara vitamin A merangsang penggantian sel untuk memastikan kulit muda.

Minyak Labu Untuk Pertumbuhan Rambut:

Sumber Mineral dalam Minyak labu dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut. Labu mempunyai antioksida penting bagi membantu mengurangkan kerosakan rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut. Labu juga mampu mengelakkan masalah keguguran rambut atau kebotakan kronik.

Sumber : sempoimedia : Artikel ini disiarkan pada : -, 18 Februari 2017 @ : PM

Sumber : artexhousts.com : Artikel ini disiarkan pada : -, – – – @ : PM

biji-labu
4566916
photo6165987095068387800
4568904
honey-030918

#26 Madu

#1 Melembutkan Rambut (Madu + Minyak kelapa)
Salah satu kelebihan madu, dapat membantu melembutkan rambut. Madu juga amat sesuai dijadikan sebagai campuran untuk conditioner rambut. Madu mengandungi antioksidan, vitamin dan mineral yang baik untuk membantu melembutkan rambut supaya mudah diurus. Bahkan juga dapat membantu mengelakkan rambut rapuh dan kering.

Madu juga boleh digunakan dengan campuran minyak kelapa supaya mendapat hasil yang lebih maksimum. Caranya campurkan setengah gelas minyak kelapa dengan setengah gelas madu. Kemudian ratakan keseluruh rambut. Biarkan selama 15 minit sambil mengurut-urut kepala dengan lembut. Bilas rambut dengan air suam.

#2 Menjadikan rambut berkilat semula jadi (Madu + Minyak Castor)
Pengambilan dan penggunaan madu secara rutin dapat membantu menjadikan rambut berkilat, kerana madu mengandungi enzim glucose oxidase. Enzim glucose oxidase dapat membantu merangsang melanin/folikul rambut. Semakin banyak melanin yang terdapat pada rambut maka rambut akan semakin cantik.

Tips Rambut berkilat, caranya:
Jadikan madu sebagai masker dan campurkan dengan minyak castor. Gunakan masker ini 2-3kali dalam seminggu.

#3 Mengurangkan rambut gugur (Madu + Air)
Pengambilan madu sebagai masker rambut dapat membantu merawat masalah rambut gugur, rapuh dan lemah. Madu juga mampu benatu merangsang pertumbuhan sel sel rambut baru (baby hair).

Tips dan caranya:
Ambil 3 sudu makan madu yang telah dicampurkan dengan 2sudu air kemudian ratakan ke rambut. Biarkan selama 1jam dan kemudian bilas sehingga bersih. Untuk hasil yang maksimum boleh lakukan paling kurang 2kali sdalam seminggu.

#4 Merawat masalah kulit kepala (Madu + lidah buaya@aloe vera + Yogurt + Minyak Zaitun)
Madu juga dapat membantu merawat masalah kulit kepala seperti kelemumur, rambut gatal dan berkuping dan mengawal rambut berminyak. Kandungan antioksidan dalam madu dapat membantu kulit kepala menjadi lebih sihat, lembab dan tidak mudah kering.

Madu juga mengandungi asam amino dan sumber protein yang dapat memperbaharui kulit kepala yang rosak.

Tips dan caranya:
Campurkan madu, aloe vera, yogurt, dan minyak zaitun di dalam mangkuk dan gaul rata. Kemudian sapukan pada rambut. Bilas rambut dengan shampoo (anti rambut gugur/ perbaiki rambut rosak) dan air.

#5 Menjadikan rambut sentiasa bersih dari bateria/ kelemumur /kulat (Madu + Lemon + Yogurt)
Madu memeliki sifat antibakteria dan amat sesuai dijadikan sebagai salah satu produk perawatan rambut kulit kepala bagi mengelakkan masalah rambut berkelemumur atau dijangkiti kulat@ bakteria yang boleh menyebabkan rambut gugur, rambut gatal dan keradangan.

Tips dan caranya:
Campurkan madu, lemon dan yogurt dan jadikan sebagai masker rambut. Pemakaian secara rutin dapat menjadikan rambut lebih sihat.

Sumber : Parenting orami : Artikel ini disiarkan pada : -, 11 Oktober 2019 @ 0:0 PM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *