Penjagaan Rambut

Kenali & Rawat rambut gugur sebelum ‘Botak’

Kulit kepala yang kerap berkelemumur,berkerak dan gatal boleh menyebabkan rambut gugur apabila tersilap menggunakan produk. Namun masih terdapat beberapa rawatan atau pencegahan untuk menebalkan semula rambut yang semakin menipis.

RAMAI yang tidak mengambil peduli mengenai masalah rambut berbanding menjaga kecantikan wajah.

Sama saja sama ada lelaki atau perempuan, mereka sekadar mencuci rambut apabila rambut sudah terasa gatal atau berkelemumur.

Ada juga yang tidak kisah rambut botak kerana menganggap ia sebagai fesyen.

Dengan gaya hidup, makanan, tekanan, bahan kimia dan persekitaran yang tercemar, menyumbang kerosakan pada rambut sekaligus menjejaskan penampilan diri.

Penjagaan rambut bermula dari kulit kepala hingga ke hujung rambut, kerana ia ibarat mahkota yang tidak ternilai, tidak kira wanita bertudung atau lelaki.

Secara purata, orang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Mereka boleh keguguran rambut kira-kira 100 helai sehari. Jadi, jika rambut gugur ketika menyikat atau mencuci, jangan risau kerana itu perkara normal.

Pertumbuhan berlaku dalam tiga fasa, iaitu;

* Fasa anagen: Fasa penumbuhan aktif dalam jangka masa dua hingga enam tahun.

* Fasa catagen: Fasa rambut berhenti aktif dari jangka hayat dua ke tiga minggu.

* Fasa telogen: Fasa rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua hingga tiga bulan.

Dalam setiap masa, kira-kira 90 peratus rambut berlaku dalam fasa anagen dan dalam setahun, secara purata rambut kita memanjang sebanyak 15.3 sentimeter. Bagaimanapun, semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 March 2015 @ 1:02AM

JENIS KEGUGURAN RAMBUT

Alopesia androgenetik (kebotakan luar)

Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.

Sumber : Harian Metro  : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 11:09 AM

Masalah rambut menjadi botak ada kaitan dengan genetik. Ia boleh berlaku kepada lelaki atau wanita. Lelaki boleh mengalami masalah ini seawal remaja dan wanita menjangkau 40-an.

Masalah ini lebih kerap dialami oleh lelaki. Mereka yang mewarisi genetik androgenic alopecia, mempunyai folikel rambut sangat sensitif kepada hormon dihydrotestosterone (DHT).

Kesan DHT adalah mengecutkan folikel rambut dan menyebabkan rambut gugur. Androgenic alopecia mempunyai corak botak yang tertentu.

Untuk wanita, androgenic alopecia boleh disebabkan perubahan hormon. Di antara sebabnya adalah ovarian cyst, pil perancang yang mengandungi paras progesteron yang tinggi dan menopaus.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 March 2015 @ 1:02AM

Alopesia cicatricial (parut)

Keguguran rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan meninggalkan parut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.

Sumber : Harian Metro  : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 11:09 AM

Alopesia areata (tompok botak)

Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.

Sumber : Harian Metro  : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 11:09 AM

Ada sesetengah remaja atau dewasa mengalami masalah botak setompok-setompok pada kepala. Keadaan ini boleh menyebabkan rambut terus botak. Bagaimanapun, 90 peratus kes alopecia areata, rambut akan tumbuh semula selepas beberapa tahun.

Rambut juga boleh gugur jika anda mengambil ubat-ubatan seperti allopurinol dan warfarin, penyakit seperti hypothyroid (kekurangan hormon tiroid) dan kekurangan zat besi.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 March 2015 @ 1:02AM

Telogen effluvium (Rambut menipis / Keguguran biasa)

Jenis keguguran ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini gugur dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.

Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti kematian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, pembedahan atau gangguan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.

Sumber : Harian Metro  : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 11:09 AM

Majoriti wanita yang mengalami masalah penipisan rambut disebabkan keadaan yang dinamakan telogen effluvium.

Masalah rambut nipis adalah bersifat sementara. Apa yang berlaku sebenarnya, majoriti rambut berhenti memanjang (fasa anagen) dan masuk ke fasa telogen. Ini bermakna rambut secara tiba-tiba berhenti memanjang dan gugur dengan banyak.

Keguguran rambut disebabkan beberapa punca iaitu mengalami tekanan, selepas demam panas, ketika menghidapi sesuatu penyakit dan wanita selepas bersalin.

Rambut akan tumbuh semula jika baru sembuh daripada penyakit. Ambil cukup vitamin dan mineral supaya lebih cepat tumbuh dan melebatkan rambut.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 March 2015 @ 1:02AM

Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang.

Punca keguguran

  • Melahirkan anak
  • Penyakit tiroid
  • Demam, selsema serius
  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
  • Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Pengambilan ubat
  • Hormon
  • Penggunaan produk
  • Genetik
  • Tabiat suka menarik rambut

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 12:02AM

Alopesia traction

Keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum mencederakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.

Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan keguguran rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.

Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur. – Yusliza Yakimir Abd Talib

Sumber : Harian Metro  : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 11:09 AM

RAWATAN KEMBALIKAN RAMBUT SIHAT

Screenshot_1

Rawatan & Penjagaan Rambut (Shampoo, Hair Tonic, Serum)

“Ramai tidak tahu punca rambut gugur, kelemumur, berbau hapak, botak disebabkan bakteria halus dalam lapisan kulit kepala. Rawatan dari dalam penting untuk mengekalkan kecantikan di luaran,” katanya (PENDANDAN Rambut Kanan Salun Rambut The Hair Tric, Qamal Daud).

Beliau yang memperoleh pendidikan di Sasson Vidal, London ini mempunyai pengalaman dalam bidang rambut kira-kira 13 tahun berkata, rawatan kulit kepala membantu pengaliran darah lebih lancar.

“Misalnya setiap orang tidak terkecuali berdepan keguguran rambut, namun ia dibezakan antara serius atau tidak. Rawatan ini juga disyorkan kepada wanita bertudung kerana hampir setiap masa kepala diliputi tudung dan menghalang pengudaraan yang baik.

“Begitu juga kepada mereka yang gemar mewarnakan rambut, jadi rawatan kulit kepala kaedah terbaik untuk menyingkirkan bahan kimia, sekali gus memulihkan masalah rambut secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata, bahan terbaik untuk rawatan kulit kepala disyorkan adalah rosemary dan teh hijau, bahkan pelanggan tidak lagi susah mencari salun berikutan banyak pusat menawarkan rawatan seumpama itu.

“Misalnya, kita disarankan memilih syampu dan perapi yang sesuai dengan masalah kerosakan rambut sekali gus melindungi rambut daripada kerosakan lain.

“Rasionalnya, cegah dulu masalah di bahagian asas kerana asas yang baik dan kukuh akan memberikan hasil lebih baik. Rambut memainkan peranan penting dalam menonjolkan penampilan diri,” katanya,

Secara saintifiknya, kira-kira 100 helai rambut akan gugur dan diganti dengan pertumbuhan rambut yang baharu. Rambut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu folikel (dalam kulit kepala) dan batang rambut (luar kulit kepala).

“Bagaimanapun folikel dalam kulit kepala akan berkurangan mengikut usia. Setiap helai rambut terdiri daripada tiga lapisan keratin. Lapisan luar rambut atau kutikel pula berfungsi melindungi dua lapisan di bahagian dalam rambut.

“Justeru, amat penting menitikberatkan penjagaan asas iaitu akar dan kulit rambut sebelum bermacam-macam penggayaan dilakukan. Bagi penjagaan pula, ia berbeza mengikut jenis, gaya dan aktiviti yang dilakukan,” katanya.

Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut juga perlu mengikut kelembapan rambut dan masalah dialami.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 12:11AM

Rawatan laser

Jika disebabkan telogen effluvium, maka rawatan tidak diperlukan. Kurangkan tertekan dan rambut akan menebal dengan sendiri selepas beberapa bulan.

Bagaimanapun, anda boleh membuat rawatan laser dan sel stem untuk mempercepatkan rambut tumbuh semula. Ia boleh membantu wanita mengembalikan rambut yang lebih sihat, cantik dan tebal.

Rawatan laser dilakukan satu atau dua kali seminggu dalam tempoh tiga bulan, manakala rawatan sel stem sebanyak tiga hingga lima sesi bagi setiap satu atau dua minggu.

Rambut akan lebih sihat dan cantik. Ia juga boleh memanjangkan fasa anagen, menjadikan rambut lebih panjang dan tebal.

Jika masalah keguguran rambut disebabkan oleh androgenic alopecia, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat antiDHT. Ubat antiDHT ini boleh menghalang hormon DHT daripada merosakkan rambut anda.

Rawatan antiDHT juga perlu dilakukan berterusan kerana apabila rawatan berhenti, rambut akan gugur kembali. Rawatan ini boleh digabungkan dengan laser dan sel stem untuk melambatkan proses keguguran rambut.

Rawatan laser

Rawatan ini mudah dan memakan masa selama 25 minit bagi setiap sesi. Laser yang dipancarkan berjarak gelombang 650 nm dan berupaya merangsang sel rambut agar tumbuh subur. Ia boleh dilakukan antara seminggu hingga dua minggu sekali.

Apabila tenaga foton daripada laser dipancarkan pada rambut, ia diambil oleh sel rambut dan membolehkan sel rambut menyerap tenaga.

Kemudian ia digunakan sebagai tenaga dalaman yang menumbuhkan semula pembuluh darah padanya. Hasil daripada penambahan pembuluh darah yang baharu, sel rambut akan mula berkembang.

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 March 2015 @ 1:02AM

Rawatan Dermaroller / Dermastamp (Microneedling Rambut)

Sejak mula diperkenalkan, MBH Haircare menyediakan rawatan rambut bagi mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur dan kebotakan yang dijalankan terapi terlatih. Antaranya yang diperkenalkan adalah Terapi Fertilizers Essence menggunakan cecair khas dihasilkan sendiri.

Menjelaskan lebih lanjut menurut Nur Fahtiha, cecair seakan serum ini mengandungi pati aloe vera. Menggunakan sejenis alat Derma Roller kulit kepala pelanggan akan diperiksa bagi memastikan masalahnya. Selepas itu kulit akan diletakkan cecair khas ini dan kemudian Derma Roller akan dilayangkan secara lembut ke atas kulit bagi memastikan cecair ini meresap sehingga ke dalam kulit kepala.

“Penggunaan alat ini berfungsi membuka folikel dan membenarkan cecair masuk dengan lebih mendalam,” katanya.

Untuk satu botol cecair ini mampu bertahan sehingga tiga bulan. Namun bagi mereka yang tidak mahu menggunakan Derma Roller boleh melakukan secara manual iaitu menggosok dengan jari tetapi kesannya sedikit lambat. Selepas itu pelanggan boleh melakukan sendiri di rumah.

Sumber : Harian Metro : Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 4:30 AM

The-Latest-One-Dermarolller-140A-Derma-Stamp-Microneedle-Stainless-Steel-Needle-0-3-0mm-Needle-Lengh
dermaroller

Sumber : Harian Metro  : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 11:09 AM

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 March 2015 @ 1:02AM

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 12:11AM

Sumber : Berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 12:02AM

Sumber : Harian Metro : Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 4:30 AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *