Penjagaan Kesihatan, Rambut, wajah

Alopecia Areata (Kebotakan) Punca kelihatan lebih Tua pada usia muda

PERNAH DENGAR APA ITU ALOPECIA AREATA? 

Saya pasti, majoriti daripada anda tidak pernah dengar nama penyakit ini, Alopecia Areata. Pasti korang pernah nampak orang yang ada masalah botak bertompok? Silap haribulan, anda yang baca artikel ini pun mengalaminya sendiri!

Alopecia Areata adalah penyakit dimana rambut mengalami keguguran yang teruk di satu-satu tempat sahaja. Tidak merebak ke kawasan lain. Apa yang menarik, korang tidak akan tahu anda mengalami Alopecia Areata  sebab korang  tidak akan nampak apa yang berlaku diatas kepala.. melainkan ditegur oleh orang lain!

Betul tak?

Alopecia merupakan gangguan yang berlaku apabila jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah rambut yang tumbuh. Dalam sesetengah kes, rambut tidak tumbuh lagi, menyebabkan botak atau bintik-bintik botak. Secara purata, anda kehilangan 25 hingga 100 rambut setiap hari. Alopecia biasanya ditakrifkan sebagai kehilangan lebih daripada 100 rambut sehari. Terdapat 3 jenis alopecia:

  • Alopecia areata – tompok keguguran rambut;
  • Alopecia totalis – kehilangan semua rambut di kulit kepala;
  • Alopecia universalis – kehilangan semua rambut di anggota badan.

Kebotakan biasanya merujuk kepada kehilangan rambut berlebihan dari kepala dan boleh terjadi disebabkan keturunan, kesan ubat-ubatan tertentu atau keadaan kesihatan. Bergantung kepada punca, keadaan ini mungkin bersifat sementara atau boleh berlaku scara berterusan untuk tempoh masa yang lebih lama. Alopecia boleh menyebabkan tekanan, tetapi ia juga boleh menjadi tanda penyakit yang tersembunyi. Sila berbincang dengan doktor anda jika keadaan anda tidak pulih atau bertambah buruk.

Alopecia boleh berlaku pada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Pada sesetengah orang, keguguran rambut boleh berlaku selepas peristiwa utama dalam hidup seperti penyakit, kehamilan atau trauma. Lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun mungkin akan lebih terjejas serta wanita berumur lebih dari 50 tahun yang akan melalui menopause.

Namun masih terdapat segelintir mahupun sesetengah orang lebih suka membiarkan masalah botak tanpa rawatan dan melindunginya.

Ada yang melindungi masalah dengan gaya rambut, solekan, topi atau selendang, tidak kurang juga memilih ubat-ubatan dan prosedur pembedahan yang tersedia untuk merawat masalah ini sehingga hilang rasa keyakinan diri, rasa malu dengan orang lain, dan paling teruk tak nak jumpa orang lain.

Alopesia areata

Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.

Bagaimanapun, 90 peratus kes alopecia areata, rambut akan tumbuh semula selepas beberapa tahun.

Rambut juga boleh gugur jika anda mengambil ubat-ubatan seperti allopurinol dan warfarin, penyakit seperti hypothyroid (kekurangan hormon tiroid) dan kekurangan zat besi.

Tompokan ini padamulanya bermula kecil dan kemudian menjadi semakin besar. Apabila dua tompok bertemu, ianya akan menjadi satu tompok yang lebih besar.

Penyakit ini bermula apabila sistem imunisasi menyerang folikel rambut, sehingga menyebabkan rambut gugur dari kepala. Dan untuk pengetahuan anda juga, Alopecia Areata tidak hanya berlaku pada kulit kepala, ianya juga boleh merebak sehingga ke bahagian kening. Penyakit ini boleh berlaku samaada dengan sangat perlahan atau sangat pantas, bergantung pada tahap imunisasi badan.

Dan masalah ini boleh menjadi lebih kronik lagi, dimana tompokan tersebut merebak ke seluruh kepala sehingga anda mengalami botak keseluruhan kepala. Penyakit ini dinamakan sebagai Alopecia TotalisLebih menakutkan, rambut anda akan mustahil untuk tumbuh semula. Disebabkan oleh akar rambut telah mati.

Apakah simptom-simptom Alopecia?

Simptom ini bergantung kepada punca kerana alopecia mungkin mempunyai pelbagai tanda dan gejala. Alopecia boleh berlaku secara mengejut atau perlahan-lahan dan boleh menjadi sementara atau kekal. Ia boleh menjejaskan kulit kepala atau seluruh badan. Berikut adalah beberapa tanda dan simptom alopecia:

  • Keguguran rambut lebih daripada 100 helai rambut sehari;
  • Kadang-kadang mungkin terdapat rasa pedih terbakar atau gatal;
  • Tompok botak di bahagian rambut yang gugur biasanya licin,berbentuk bulat dan berwarna peach;
  • Alopecia areata: tompok bulat. Biasanya, keguguran rambut menjejaskan kulit kepala, tetapi dalam beberapa kes, janggut atau kening juga mungkin terjejas.
  • Alopecia totalis: Rambut boleh gugur dengan mudah apabila anda menyikat rambut. Keguguran rambut ini biasanya menyebabkan penipisan rambut.
  • Alopecia universalis: kemoterapi kanser boleh menyebabkan alopecia; rambut biasanya tumbuh semula selepas tempoh gangguan.

Sumber : Hello Doktor

Apakah Punca Alopecia & Apakah yang boleh meningkatkan risiko kepada penyakit Alopecia?

Penyebab sebenar alopecia masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar perubatan percaya bahawa alopecia mungkin berkaitan dengan faktor berikut:

  • Sejarah keluarga: Jika ahli keluarga anda yang mengalami alopecia, anda juga akan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Sejarah keluarga juga akan menentukan usia alopecia, alopecia dan kemungkinan perkembangan isu ini.
  • Hormon: perubahan dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan alopecia sementara. Ini termasuk perubahan hormon akibat kehamilan, melahirkan anak atau hampir memasuki fasa menopaus. Kelenjar tiroid juga boleh menjejaskan tahap hormon, yang menyebabkan alopecia.
  • Keadaan kulit: jangkitan kulit kepala atau penyakit kulit seperti lupus atau lichen planus yang boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Dadah: ubat yang merawat kanser, arthritis, kemurungan, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan alopecia. Ia juga boleh disebabkan oleh pil merancang kehamilan dan penggunaan vitamin A yang berlebihan..
  • Gangguan menarik rambut: juga dikenali sebagai trichotillomania, menyebabkan seseorang mempunyai keinginan untuk menarik rambut pada kulit kepala, alis atau bahagian badan yang lain.

Terdapat banyak faktor risiko untuk alopecia, seperti:

  • Sejarah keluarga: mempunyai ahli keluarga yang menghidap alopecia boleh meningkatkan risiko anda dengan alopecia.
  • Usia: semakin meningkat usia , semakin besar risiko keguguran rambut.
  • Kurang nutrisi. Rambut boleh menjadi rapuh dan lemah apabila anda kurang nutrisi yang diperlukan.
  • Beberapa penyakit boleh meningkatkan risiko alopecia seperti diabetes dan lupus erythematosus.
  • Tekanan.

Sumber : Hello Doktor

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda atau orang yang lebih pakar untuk maklumat lanjut.

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi aloplecia:

  • Membasuh dan menyikat rambut anda dengan lembut.
  • Elakkan gaya rambut yang ketat seperti gaya ekor kuda, gaya simpul roti dan gaya kancing.
  • Makan makanan yang seimbang. (boleh ambil supplement sebagai makanan tambahan)
  • Elakkan memintal, menarik, menggosok rambut anda.
  • Hadkan pengeringan rambut anda dengan tuala. Biarkan rambut kering.
  • Gunakan sikat gigi yang luas untuk menyikat rambut, elakkan menyikat apabila rambut basah.
  • Gunakan perapi rambut untuk menyikat dengan lancar dan mudah.
  • Maklumkan  doktor anda jika anda mempunyai tanda jangkitan selepas penggunaan steroid. Tanda-tanda ini termasuk: kemerahan, bengkak, sensitif kepada rangsangan sakit dan rasa terbakar di tapak suntikan.

Sumber : Hello Doktor

photo6165987095068387800
4566916

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *