Penjagaan Kesihatan, Rambut, wajah, Rawatan Rambut Rosak/Kembang (Hair Perfect Repair)

11 Petua Elakkan Rambut gugur ‘mendadak’ hanya dengan bahan semula jadi

Orang yang rambutnya kurang, memanglah rasa kurang yakin diri apabila menghadiri jamuan ataupun berbual-bual dengan orang lain, seolah-olah orang lain sedang perhatikan bahagian kepala sendiri yang telah mengalami kebotakan.Jikalau diberi pilihan, siapalah yang ingin kepalanya botak tidak berambut?

Kalau gunakan terapi rambut yang dikatakan begitu hebat sekali yang diheboh-hebohkan media, ianya amat mengambil masa dan kosnya sangat tinggi, malahan kesannya tidak menentu.

#1 Minyak Kelapa

Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Jika ada dermastamp boleh juga digunakan sebelum sapukan minyak. Lakukan urutan secara membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya.

Kemudian balutkan rambut dengan tuala hangat. Biarkan selama setengah jam sebelum mencuci dengan shampoo anti rambut gugur.

Ulangi kaedah ini sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#2 Kulit Buah Oren

Sediakan buah oren kemudian ambil kulit buah oren dan tumbuk atau kisar sehingga lumat. Sapu rata diatas rambut dan kulit kepala.

Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih.

Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#3 Daun Lidah buaya

Ambil 2-3 helai daun dan potong kepada dua bahagian.

Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan secara merata pada kulit kepala dan rambut.

Biarkan selama setengah jam.Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali (1@2 kali) dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat.

Mengambil satu sudu (1 Sudu) jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga dapat membantu melebatkan rambut.

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#4 Daun Pandan + Santan

Kombinasi antara daun pandan dan santan juga mampu membantu melebatkan rambut.

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk  atau dikisar, campurkan dengan sedikit air dan perah.

Kemudian, ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga merata.

Biarkan selama setengah hari dan boleh sapukan campuran tadi pada rambut anda dalam masa 45 minit atau lebih (lagi lama lagi bagus), Boleh dibilas dengan air.

Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk mendapatkan hasilnya.

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#5 Daun Inai

Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air.

Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam.

Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam (3 jam).

Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersa,a conditioner.

Amalkan sebanyak dua kali (2x) seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

 

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#6 Avokado + Pisang

Selain djadikan sebagai makanan bayi, kombinasi ini juga sesuai bagi melebatkan rambut.

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang  dan gaul sehingga rata.

Kemudian, sapukan campuran dua buah ini keatas kulit kepala  berserta urutan ringan.

Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedua dua buah ini meresap masuk kedalam kulit kepala.

Cuci rambut dengan dengan air suam selama 15 minit bersama dengan shampoo anti rambut gugur. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#7 Telur

Pecahkan dua biji telur dan kacau sehingga pecah kuning sebati.

Sapu adunan telur keatas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit (10-15 minit).

Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan shampoo anti rambut gugur yang sesuai untuk kulit kepala agar bau hanyir telur tidak melekat.

Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal  dengan lebih cepat.

 

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis / Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

#8 Aloe vera + santan + Minyak zam zam

Hasil dari perkongsian Shehnaz khan:

Selepas mandi selepas mengeringkan rambut, ambil sedikit aloe vera dan ratakan pada rambut dan urut urut kulit kepala. Buat setiap hari pada setiap malam dan jadikannya sebagai rutin harian.

Campurkan Aloe vera + santan (santan segar lebih baik).Setelah campurkan kedua bahan ni, kena terus guna dan jangan simpan. Boleh diguna sebelum dan selepas mencuci rambut. Sapu rata keseluruhan rambut dan lumurkan sekali dibahagian kulit kepala.

Jadikan seperti mask rambut. (Tutup rambut menggunakan tuala @tidak wajib) boleh juga digantikan dengan plastik. Biarkan selama 15 – 20 minit kemudian cuci dan bilas dengan bersih.

Minyak Zam zam boleh digunakan sebelum tidur dan dibersihkan keesokan paginya selepas bangun.

Sumber : maskulin.com.my : Artikel ini disiarkan pada : 25 Februari 2019 @ Roselinda

#9 Minyak Rosemary

Minyak rosemary bukan sahaja mempunyai aroma yang harum malah ia juga merangsang pembuluh darah di kulit kepala supaya peredaran darah berjalan dengan lebih lancar. Apabila peredaran darah dikulit kepala berjalan dengan lancar, masalah keguguran rambut juga akan berkurangan lalu rambut anda aan menjadi lebat dan berbau harum.

Sumber : bidadari.my : Artikel ini disiarkan pada : – @ Nurul Kasmadillawati Zakaria

Minyak rosemari banyak digunakan oleh produk rambut ternama. Ia menguatkan akar rambut dan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut selain dari mengurangkan terjadinya uban atau rambut putih pada kepala anda. Ia juga ada unsur anti-fungus di mana jika diurut pada kulit kepala, minyak ini akan membersihkan kelemumur dan menyihatkan kulit kepada. Titikkan sedikit minyak rosemary pada syampu atau conditioner dan gunakan seperti biasa

#10 Bunga Raya

Daun bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan negara kita dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Selain untuk kesihatan, ia juga mampu memberi kecantikan buat rambut anda termasuk menghilangkan kelemumur, membuatkan rambut berkilat dan menyejukkan kulit kepala.

Cara Penggunaan:

  • Mudah sahaja, ambil beberapa helai daun bunga raya dan masukkannya ke dalam bekas bersama air.
  • Ramas sehingga daun mengeluarkan lendir.
  • Kemudian sapu lendir tersebut pada bahagian kepala dan seluruh rambut.
  • Sebaiknya lakukan sebelum anda tidur malam. Esok pagi, cuci dan bilas rambut anda.

Rasailah sendiri kesegarannya. Ingat, buat secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Selamat mencuba ya!

Sumber : Sinar harian : Artikel ini disiarkan pada : 21 Mei 2020  @ –

Dalam perubatan Ayurvedic menggunakan kelopak bunga raya untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah masalah uban pramatang.

Selain itu, ia membantu menangani masalah keguguran rambut dan lendir dalam bunga itu membantu mengatasi masalah kegatalan kulit kepala dan melembapkan rambut.

Bagi wanita Cina dan India, mereka merebus bunga, daun dan pokok bunga raya, kemudian mencampurkannya dengan minyak herba sebelum melumurkan pada rambut untuk melebatkan rambut.

Wanita di bandar besar termasuk New York juga menyedari khasiat tumbuhan itu sebagai sebahagian daripada rejim kecantikan mereka, secara dalaman dan luaran.

Ini kerana selain disapu pada kulit untuk tujuan kecantikan, bunga raya juga boleh dicampur dengan teh bagi menyalurkan kebaikannya untuk mendapatkan tubuh yang sihat.

Pada zaman dulu esktrak daun bunga raya juga pernah digunakan sebagai bahan pencelup hitam untuk rambut, selain untuk menghasilkan minyak wangi dan salap menyegarkan kulit kepala.

“Ekstrak daun bunga raya pula boleh membantu mengurangkan masalah kekeringan kulit kepala, keguguran rambut, kelemumur dan rambut beruban.

Ia juga mampu meningkatkan fleksibiliti dan keanjalan kulit kepala dengan cara membekalkan kelembapan diperlukan sepanjang masa.

“Daun bunga raya, umpamanya mempunyai sifat astringen semula jadi, antiradang dan mampu memerangkap radikal bebas dan sifat perencatan enzim.

“Kandungan lendir yang tinggi meningkatkan pengekalan kandungan kelembapan kulit sekali gus menjadikan daun ini berguna untuk melawan masalah kekeringan kulit kepala.

“Sifat astringen semula jadi itu juga membantu melembap dan merawat keadaan radang kulit dengan menyelesaikan masalah rambut kering.

Sumber : berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 3:47pm (Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar)

#11 Teh Hijau

Teh Hijau bukan sahaja sedap untuk dinikmati, tetapi ia dikatakan sangat efektif dalam merawat masalah rambut botak oleh kerana sifat antioksida-nya.

  • Caranya lebih mudah. Hanya rendamkan 2 hingga 3 uncang teh hijau ke dalam air panas.
  • Biarkan ia menyejuk, dan pakaikan ia pada seluruh rambut sambil membuat urutan disekitar kulit kepala.
  • Bilas selepas 1 jam pemakaian

Sumber : Cabelo : Artikel ini disiarkan pada : – , 24 April 2019 @ -:-pm (Oleh -)

Sumber : Iluminisasi : Artikel ini disiarkan pada :  24 Januari 2018 @ Mimiys Ammelis 

Sumber : Eh.com.my : Artikel ini disiarkan pada :  – @ Farhana fuad

Sumber : maskulin.com.my : Artikel ini disiarkan pada : 25 Februari 2019 @ Roselinda

Sumber : bidadari.my : Artikel ini disiarkan pada : – @ Nurul Kasmadillawati Zakaria

Sumber : berita Harian : Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 3:47pm (Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *