Fungsi Produk & Cara Penggunaan, Rambut rebonding & Penjagaan

TIPS & CARA PENGGUNAAN SET REBONDING PREMIUM HANYA 1 JAM!

NOTA (Sila Baca dengan teliti)

  • ✔️Rebonding hanya buat 1 kali untuk 3 bulan.
  • ✔️Tidak boleh buat 3-5 kali dalam masa sebulan

TIPS & CARA PENGGUNAAN: Penggunaan Set Rebonding Premium Yang Terbaik

SEBELUM REBONDING
Rambut pastikan dicuci, Jangan pakai apa-apa , Hanya menggunakan Shampoo PERFECT REPAIR (Lebih Cun) / ANTI HAIR LOSS SHAMPOO (pun boleh juga) sahaja sehingga bersih ( Tidak ada minyak lansung ). Keringkan rambut depan kipas atau hair dryer.

UBAT NO:1
Pakai ubat no 1 Daripada bawah , sikat sikit sikit ke atas , Pakai sehingga serata. Biarkan Rambut kena ubat semua. Biar 30minit dan sikat 1kali .. Sikat sikat menggunakan sikat yang lubang halus untuk luruskan semua rambut. (Jika rambut kering sangat sila pakai pakai hair mask dihujung rambut ). Setelah cukup 45minit-1jam Basuh sehingga bersih..

TIME UNTUK IRON (Jika Ada)
Keringkan dan iron rambut. Dari bawah ke atas.

PAKAI UBAT NO:2
Selepas cuci rambut bersih- bersih, Ketika rambut dalam keadaan basah sedikit / selepas iron, Pakai ubat no2 dan ratakan di seluruh rambut. Biarkan selama 30minit.


CARA PENGGUNAAN 

STEP 1

  • Sapukan krim rebonding (1) pada rambut (selepas cuci rambut)
  • TUTUP kepala dengan cat rambut
  • biarkan selama 15-30 minit bergantung pada tekstur/ jenis rambut.
  • Kemudian cuba tarik tarik rambut secara lembut,
  • bila rambut sudah terasa lembut, Rambut dah boleh dibasuh.
  • Bilas rambut & keringkan dengan hair dryer (jika ada)
  • DISYORKAN supaya menggunakan iron untuk mendapatkan hasil rambut lurus kekal lebih lama

STEP 2

  • Sapukan krim neutralizer (2) pada seluruh rambut
  • (fungsi neutralizer adalah untuk meneutralkan krim rebonding tadi)
  • Biarkan selama 15-30 minit , kemudian bilas bersih
  • keringkan rambut dengan mengggunakan hairdryer

BAGI KESAN LURUS YANG LEBIH LAMA

  • Sapukan Anti frizz serum & syampookan rambut dengan menggunakan PERFECT REPAIR sebagai treatment selepas rebonding.
  • Nak Lebih CUN MELECUN ambil terus SET B (300ml). confirm UMPHH.
  • Untuk tempoh 3 hari rambut tidak boleh terkena air.
  • Lebih lama tak cuci rambut, lebih OK (baik). Supaya lebih meresap dan lambut lurus kekal lebih lama.

Shampoo Perfect Repair (Rawatan rambut Rosak/ kembang/ Kusut)
💁Khusus untuk rambut rosak seperti rambut kering, kembang, kusut, rosak akibat rebonding dan lain-lain..Shampoo perfect repair dapat membantu membaiki dan merawat rambut dan menghasilkan kelembapan pada kulit kepala untuk memberi kesegaran pada rambut!!!

Shampoo Anti Hair Loss ( Shampoo Rawatan Rambut Gugur)
💁 Khusus untuk rambut gugur, botak, berminyak, kembang, kelemumur, kulit kepala berkuping, kulit kepala berbau, bercabang dan rambut kasar keras. Kandungan bahan yang ada pada shampoo anti hair loss mampu mengurangkan rambut daripada gugur serta melembutkan rambut!!!

PERFECT REPAIR SHAMPOO 

Argan oil serum
💁Serum ini khusus untuk digunakan di bahagian hujung rambut yang kering & rosak sahaja, bagi membantu membaiki rambut rosak, kering dan kembang serta mampu melembapkan rambut. Serum ini juga mampu membantu melambatkan pertumbuhan uban (rambut putih).

Boleh diguna 1-3 kali sehari. Sesuai dijadikan minyak terapi kerana bau aromanya seperti bau aroma terapi di spa!!!

SESUAI UNTUK MASALAH

  • rambut bercabang
  • Masalah Kulit kepala
  • Rambut Putus
  • Menghaluskan lagi rambut Rebonding
  • Masalah rambut beruban/ Rambut Putih (membantu melambatkan pertumbuhan uban)

 

ARGAN OIL SERUM (PERFECT REPAIR)

PENGGUNAAN SET REBONDING MENGIKUT PANJANG RAMBUT

REBONDING PREMIUM SET

Hair mask
💁 Boleh dijadikan perapi selepas menggunakan shampoo anti hair loss/ shampoo perfect repair dan sesuai bagi mereka yang mahu melakukan rawatan dari di rumah…!!!

  • Caranya: Luangkan masa dalam tempoh 1jam dan sapukan hair mask pada rambut yang masih basah dan balut dengan menggunakan tuala bersih…cara ini mampu membantu rambut agar lebih lembut dan membantu mengurangkan rambut gugur serta membaiki rambut kering agar kembali menjadi lebih sihat!!!

PERFECT REPAIR HAIR MASK

Anti Frizz Serum (Serum Vitamin Rambut)
💁 mampu Melembutkan rambut, Mengawal Rambut berminyak, Menjadikan Rambut kelihatan berkilat. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah Rambut gugur, rambut lemah, rambut berbau,  rambut berkelemumur,  rambut kerinting, rambut kusut (Frizzy Hair), rambut rosak, rambut nipis, mempunyai masalah akar rambut yang tidak sihat

CARA PENGGUNAAN SERUM

  • selepas mencuci rambut lap rambut sehingga kering
  • pakai 2-3 kali pam anti frizz hair serum
  • pakai atas ikut ketebalan rambut
  • pakai seluruh bahagian rambut
  • Tidak boleh pakai di kulit kepala
  • jika rambut terlalu kering & bercabang perbanyakkan pakai dibahagian dihujung rambut sahaja.
  • Pakai Anti Frizz Hair Serum selepas mandi dan sebelum tidur
  • Rasa ingin lebih cepat berkesan Pakai 2-3 kali sehari

Nota: Anti Frizz serum ini boleh dipakai samaada dalam keadaan rambut kering, mahupun selepas mandi (di lap sedikit kemudian terus pakai).

ANTI FRIZZ SERUM

Alatan Untuk cantikkan lagi rambut Rebonding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *