Fungsi Produk & Cara Penggunaan, Rambut rebonding & Penjagaan

PENJAGAAN RAMBUT SELEPAS REBONDING

Ramai yang buat Rambut Rebonding tapi “TIDAK TAHU” Penjagaan rambut selepas rebonding. Lepastu complaint rambut jadi rosak sebab buat rebonding. hahahah
Penjagaan rambut selepas rebonding sangat penting supaya rambut lebih sihat dan cantik . Jika rambut di jaga dengan baik dan selalu dibelai@ buat rawatan, rambut akan kelihatan lebih elok, cantik, lembut berkilat-kilat macam artis gitew. Tak Teringin Ke? Risau koyak je bila kena puji.

APA ITU REBONDING

Rebonding ni maksudnya “meluruskan rambut” menggunakan bahan kimia@ ubat rambut. Fungsi rebonding ni sama juga macam smoothing, untuk meluruskan rambut. Tapi tekniknya agak berlainan sedikit, ubat yang digunakan pun dibiar lama supaya ia meresap ke lapisan rambut. Rebonding ni pun lebih tahan lama dari smoothing, maybe boleh sampai ke satu tahun. Korang perlu untuk retouch up minimum 6 bulan sekali supaya ia dapat disesuaikan dengan rambut yang baru tumbuh.

Cuma bezanya  smoothing ni teknik meluruskan rambut dengan menggunakan ubat yang mengandungi keratin. Ubat tu digunakan pada rambut sebelum diluruskan dengan hair straightener. Lagi satu, smoothing ni bukan permanent tau, rambut korang akan jadi macam biasa dalam masa tiga tau empat bulan. So  girls yang nak kan sesuatu yang tak kekal boleh try smoothing ni.

Tapi kalau nak rambut tu lurus cantik, lebat, boleh guna ANTI FRIZZ SERUM, dan Argan Oil.

Ingat Ya, Rebonding hanya boleh buat 1kali untuk 3bulan. Tidak boleh buat 3-5kali dalam masa sebulan.

1. Tips Rawatan Penjagaan Rambut Selepas Rebonding: Minggu Pertama

Sekarang ni ramai yang gemar buat rawatan rambut secara ‘rebonding’ supaya nampak cantik gitew . Uols harus tahu bahawa rambut yang telah melalui proses ini mengandungi lebih banyak bahan kimia di dalamnya.

Sekarang ni ramai yang gemar buat rawatan rambut secara ‘rebonding’ supaya nampak cantik gitew . Uols harus tahu bahawa rambut yang telah melalui proses ini mengandungi lebih banyak bahan kimia di dalamnya.

  1.  Rambut TIDAK BOLEH terkena air atau dibasuh selama 3 hari. Lebih lama tak cuci rambut, lebih OK (baik). Supaya kesemua bahan kimia yang digunakan betul-betul lebih meresap dan membuat lambut lurus tahan kekal lebih lama.
  2. Jangan Ikat rambut atau buat ponytail. Suka atau tidak memang TAK BOLEH. Pada peringkat awal rebonding, ia akan mudah terbentuk dalam bentuk apa yang ditentukan. Oleh itu, jangan ikat atau selitkan rambut pada telinga.
  3. Untuk yang pakai tudung,sarankan pakai “Inner Magic” untuk lindungi rambut uols dari orang nampak.
  4. Pakai serum (Anti Frizz Serum) / Argan Oil Serum) untuk melembapkan rambut. Memandangkan uols TIDAK BOLEH BASAHKAN RAMBUT dalam masa 3 hari, jadi rambut akan jadi kering dan lifeless.
  5. Menjaga kedudukan rambut semasa tidur dalam keadaan rambut yang lurus kilat kilat gitew. Maksudnya,jangan penyek/hempap/ letak rambut rambut dengan kepala sewaktu tidur ya.  Supaya bila bangun rambut tidak berbentuk sangat pelik.
  6. Selepas 3-5 hari, cuci rambut  dengan syampu, hair mask (jika ada) dan Anti Frizz serum. DI SYORKAN guna SHAMPOO PERFECT REPAIR untuk bantu haluskan lagi rambut rebonding supaya rambut kelihatan lebih segar.
  7. Sebaik-baiknya, elak daripada melakukan rawatan rambut dalam tempoh enam bulan. Kenapa? kerana rambut perlu rehat daripada segala bahan kimia yang digunakan tempoh hari. Pada masa ni, Penggunaan syampoo Perfect repair + Anti Serum / Argan Oil Serum amat diperlukan.
  8. Jangan guna alat penjagaan rambut yang panas seperti pengering rambut.
  9. Jangan guna air panas untuk mencuci rambut, sebaliknya guna air sejuk. Air panas hanya akan menyingkir minyak semula jadi yang rambut uols buat.
  10. Elak daripada mendedahkan rambut uols kepada faktor-faktor alam sekitar seperti sinaran matahari yang kasar, angin sejuk dan hujan. Gunakan topi atau payung.
  11. Sekiranya rambut terkena air hujan, segera cuci rambut dengan syampoo Perfect repair kerana garam dan bahan-bahan polusi yang ada dalam air hujan iboleh rosakkan akan rosakkan struktur rambut.
  12. Pastikan cuci kesemua bahan kimia selepas 3-5 hari ya. Cuci bersih-bersih!
  13. JANGAN LUPA jaga rambut menggunakan syampoo Perfect repair + Anti Serum / Argan Oil Serum. Paling CUN kalau ada PERFECT HAIR MASK.

Nak Lawa JANGAN KEDEKUT DENGAN RAMBUT SENDIRI. Kalau muka kena facial supaya tak da jerawat, rambut pula kena belai-belai supaya Tak berkutu, gugur dan berkudis. .heheheh

Yang dah kahwin tu, kena jaga rambut elok elok. Kalau tak nak rebonding, boleh je kasi serum rambut tu supaya CANTIK,SIHAT & TERURUS RAPI.

2. Cara Penjagaan Rambut Rebonding

  1.  JANGAN ikat rambut (Sentiasa Menggunakan serum ANti Frizz /Argan Oil serum) setiap hari.
  2. Bagi yang bertudung,kurangkan basah rambut di waktu pagi kalau nak pergi kerja. seriously,rambut rebonding ni susah sikit nak kering
  3. JANGAN buat apa-apa yang boleh merosakkan dan mengeringkan rambut… (macam : flat iron,hair blower).
  4. JANGAN warnakan rambut dalam masa 3-4 bulan.
  5. Steam rambut lepas 15 hari . Klau nak CUN guna ARGAN OIL SERUM / SET B
  6.  JANGAN berdiri tengah panas tanpa pakai topi atau scarf untuk lindungi rambut. (Kelebihan  untuk yang bertudung,sebab rambut kita memang tak kan kena sinaran UVA & UVB) .
  7. Pakai Shampoo PERFECT REPAIR & HAIR MASK supaya rambut sentiasa lurus dan rapi.
  8. Sapukan serum ANTI FRIZZ SERUM / ARGAN OIL SERUM selepas bangun pagi dan sebelum tidur, selepas mandi. Nak Kesan Cepat, kena pakai 2-3kali dalam sehari.
  9. Lepas 5-6 bulan, kalau nampak rambut yang baru tumbuh. JANGAN minta saloon ulang semula rebonding untuk semua rambut. Elakkan dari rebonding rambut yang sama berulang kali. lebih baik gunakan SHAMPOO PERFECT REPAIR, HAIR MASK, ARGAN OIL, ANTI FRIZZ SERUM . Lepas 1 tahun,barulah rebonding keseluruhan.
  10. Rambut gugur lepas rebonding? JANGAN risau,rambut korang tak kan botak pun, uols boleh cuba guna produk rambut SHAMPOO ANTI HAIR LOSS + HAIR TONIC + ARGAN OIL SERUM/ ANTI FRIZZ SERUM. (SET A)
  11. Bagi nak elak rambut bercabang  uols bolh guna ANTI FRIZZ SERUM, kalau tak nak trim rambut. ( Jika rambut terlalu kering & bercabang perbanyakkan pakai dihujung rambut sahaja.)

Harap dapat membantu uols yang pernah buat rebonding dan share post ini supaya orang dapat ilmu yang bermanfaat. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *